Pura-pura mati selepas 'kantoi' curi daging lembu, ayam

BANJARMASIN - Seorang wanita berpura-pura mati selepas perbuatannya mahu mencuri terbongkar.
Kejadian itu berlaku di Pasar Hanyar Sentra Antasari, Banjarmasin, Kalimantan Selatan di Indonesia pada minggu lalu.
Imej yang menjadi tular menunjukkan jasadnya turut diselubungi kain selepas beberapa individu menyangka dia benar-benar sudah meninggal dunia.
Paling melucukan, wanita itu bingkas bangun selepas pihak berkuasa tiba di lokasi tersebut.
Siasatan awal mendapati pelaku cuba melarikan daging lembu dan ayam sebelum perbuatannya disedari peniaga.
Dalam keadaan panik, dia cuba mengelakkan menjadi sasaran amukan orang ramai dengan berpura-pura rebah ke lantai.
Tubuh wanita itu kemudiannya diangkat di atas meja peniaga bersama sejumlah plastik berisi barang-barang basah yang cuba dibawa lari. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

