Rohingya pernah mohon tauliah mengajar agama, wakil JPKK - Noor Helmy
Komuniti Rohingya di Melaka pernah mengemukakan beberapa permohonan termasuk mendapatkan wakil dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), melaksanakan solat Jumaat sendiri serta memperoleh tauliah mengajar agama, namun permohonan itu tidak diluluskan kerajaan negeri, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, antara kawasan yang mempunyai penempatan Rohingya di Melaka ialah Limbongan dan Pangkalan Rama Pantai selain Jalan Pulau Senang 3, Duyong di bawah kawasannya.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Melaka #Rohingya #Pelarian #Agama
