Tunku Nadzaruddin bukan lagi Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar (dua dari kiri).
Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar (dua dari kiri).
A
A
A

SEREMBAN - Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Jaafar tidak lagi menyandang gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan.

Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali dalam satu kenyataan berkata, ini kerana tindakan beliau menerima gelaran Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan yang disifatkan tidak sah.

"Adalah dimaklumkan bahawa majlis yang dikatakan sebagai 'Istiadat Pemasyhuran' YDPB Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun 2026 adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.

"Oleh itu, gelaran YDPB yang cuba diambil oleh Tunku Nadzaruddin adalah tidak berkuat kuasa dan dengan cuba menerima gelaran yang tidak sah itu, beliau dengan sendirinya telah melepaskan gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya.

Justeru itu katanya, tiada lagi penyandang gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar.

Pada 6 Jun lalu, media melaporkan, Undang Yang Empat menggunakan kuasa mereka memasyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai YDPB Negeri Sembilan ke-12.

Laporan Sinar Harian berkenaan pemasyuhran Tunku Nadzaruddin oleh Undang Yang Empat
Laporan Sinar Harian berkenaan pemasyuhran Tunku Nadzaruddin oleh Undang Yang Empat

Majlis pemasyhuran tersebut bagaimanapun terpaksa diadakan di sebuah hotel di Melaka dengan kehadiran anggota Dewan Keadilan dan Undang (DKU) iaitu Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad dan Tuanku Besar Tampin, Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Artikel Berkaitan:

Ahli DKU lain iaitu Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin dan Datuk Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Utama Badarudin Abdul Khalid menyaksikannya secara sidang video.

Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan apabila pembesar adat tersebut dihalang berjumpa dengan Tunku Nadzaruddin di tingkat atas hotel.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!