Bayi 7 bulan maut ditembak Zionis

RAMALLAH - Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut ditembak rejim Zionis di selatan Hebron, Tebing Barat pada Jumaat.
Kementerian Kesihatan memaklumkan ibu bapa mangsa dikenali sebagai Sam Abu Hikal turut cedera dalam kejadian keganasan tersebut.
Ahli keluarga mereka mendakwa tembakan dilepaskan secara tiba-tiba ke arah kenderaan dinaiki ketiga-tiga beranak tersebut yang berhenti selepas melihat tentera Israel di kawasan berkenaan.
Pada mulanya, mereka menyangka ia sebagai tembakan amaran.
“Sebutir peluru terkena cucu saya menembusi bahagian muka dan kepalanya sebelum mengenai pipi ibunya,” kata nenek mangsa.
Sementara itu, askar Zionis memberitahu siasatan telah dilancarkan selepas insiden tersebut mengundang kritikan banyak pihak.
Lebih 1,000 penduduk Palestin terkorban sejak siri serbuan ganas dilancarkan ke atas Tebing Barat sejak perang meletus di Genting Gaza pada Oktober 2023. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

