AS pertimbang tambah penempatan nuklear di negara NATO

Pesawat dwikeupayaan (DCA) milik AS yang boleh membawa dan melancarkan serangan nuklear.
Pesawat dwikeupayaan (DCA) milik AS yang boleh membawa dan melancarkan serangan nuklear.
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dikatakan sedang berbincang sama ada mahu menempatkan senjata nuklear di beberapa lagi negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), menurut laporan Financial Times pada Selasa.

Sumber rapat rundingan itu memaklumkan, Washington bersedia memperluaskan penempatan tersebut di samping enam negara sedia ada yang sudah memiliki pesawat pengebom berkeupayaan nuklear.

Langkah itu dipercayai akan melibatkan lebih banyak negara menjadi 'tuan rumah' kepada pesawat dwikeupayaan (DCA) milik AS yang boleh membawa dan melancarkan serangan nuklear berikutan situasi di rantau Eropah yang kian tegang dek Perang Rusia-Ukraine.

Negara di sayap timur NATO termasuk Poland dan beberapa negara Baltik dilaporkan berminat untuk menempatkan pangkalan DCA dengan perbincangan masih berlangsung dalam saluran perikatan ketenteraan tersebut.

Sebelum ini, Ketua Dasar Pentagon, Elbridge Colby pernah memaklumkan AS akan terus menggunakan senjata nuklearnya untuk melindungi anggota NATO walaupun sekutu Eropah memegang peranan utama dalam pertahanan konvensional.

Hubungan Washington dengan NATO agak tegang sejak beberapa bulan lalu selepas Presiden Donald Trump dan pembantu rapatnya mengkritik sekutu Eropah kerana terlalu bergantung kepada pertahanan AS selain enggan terlibat dalam operasi ketenteraan ke atas Iran. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!