Lapan maut, 33 cedera bas persiaran terbabas di barat Turkiye

Lapan maut manakala 33 lagi cedera selepas sebuah bas persiaran melanggar penghadang jalan di barat Türkiye pada awal pagi Ahad - Foto fail Xinhua
Lapan maut manakala 33 lagi cedera selepas sebuah bas persiaran melanggar penghadang jalan di barat Türkiye pada awal pagi Ahad - Foto fail Xinhua
A
A
A

ISTANBUL - Lapan maut manakala 33 lagi cedera selepas sebuah bas persiaran melanggar penghadang jalan di barat Türkiye pada awal pagi Ahad, lapor agensi berita Xinhua memetik laporan media tempatan.

Menurut penyiar NTV, bas yang membawa 38 penumpang dan tiga kru itu sedang dalam perjalanan dari Bandar Izmir menuju ke bandar peranginan Mediterranean, Antalya, sebelum ia merempuh penghadang jalan lalu terbakar di Lebuh Raya Denizli-Aydin dalam Wilayah Denizli.

Pemandu bas dan seorang bayi berusia sembilan bulan adalah antara mangsa yang disahkan maut. Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Punca sebenar kemalangan bagaimanapun masih belum dapat dipastikan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!