Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Krisis Negeri Sembilan: Enam pembesar adat murka, gantung tugas Setiausaha DKU

A
A
A

Krisis Negeri Sembilan: Enam pembesar adat murka, gantung tugas Setiausaha DKU

Enam daripada lapan ahli Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menzahirkan rasa murka terhadap Raja Norazli Raja Nordin sekali gus memutuskan menggantung tugas beliau sebagai Setiausaha DKU yang didakwa gagal mematuhi perintah memanggil Sidang Mesyuarat Khas DKU pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Keputusan berkenaan diumumkan menerusi kenyataan media bersama oleh Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Datuk Abdul Rahim Yassin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri serta Datuk Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781746/edisi/melaka-ns/krisis-negeri-sembilan-enam-pembesar-adat-murka-gantung-tugas-setiausaha-dku

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisN9 #setiausahaDKNdigantungtugas #enampembesaradatmurka