Lembu makan nanas

PONTIAN - Pengurus Jermanpine, Mohammad Anal Talha memberi makanan berupa sisa nanas kepada lembu ternakan di Kampung Parit Jerman, Pontian.
Pendekatan lestari dengan memanfaatkan sisa industri nanas sebagai makanan ternakan lembu menjadi keunikan perusahaan tempatan, Jermanpine, sekali gus menerima permintaan tinggi menjelang sambutan Aidiladha.
Integrasi sektor pertanian dan penternakan menerusi konsep ekonomi kitaran itu bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada dedak komersial, malah terbukti menghasilkan kualiti daging lembu yang lebih premium, sihat dan rendah lemak. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
