Jemaah haji Malaysia kesembilan meninggal dunia di Makkah

MAKKAH - Seorang jemaah haji lelaki bagi Musim Haji 1447H/2026M telah meninggal dunia pada Khamis, 21 Mei.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan memaklumkan, jemaah yang berasal dari Machang, Kelantan, berusia 77 tahun itu hadir bersama isteri ke Tanah Suci.
Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT50 dan menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer.
Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz pada jam 5.40 petang akibat jangkitan kuman di kawasan perut (intra-abdominal sepsis).
Jenazah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Subuh pada Jumaat dan kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Al Sharayea, Mekah untuk dikebumikan.
TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
