Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Penarik kereta nafi baling kerusi kepada isteri hingga patah tangan

A
A
A

Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Jumaat atas pertuduhan mendatangkan cedera terhadap isterinya dengan membaling kerusi meja solek sehingga menyebabkan mangsa patah tangan kiri dalam kejadian dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Tertuduh, Muhammad Rizman Akmal Ahmadiah, 28, didakwa  mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Artikel: sinarharian.com.my/article/781049/berita/semasa/penarik-kereta-mengaku-tidak-bersalah-baling-kerusi-kepada-isteri-hingga-patah-tangan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesjenayah #penarikkeretacederakanisteri #mahkamah