Pisau ‘rambo’ 6 inci dipercayai digunakan tikam ibu tunggal ditemui di sawah
20 Mei 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Polis berjaya menemukan semula senjata dipercayai digunakan dalam kejadian seorang wanita ditikam di bahagian leher ketika berada di dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar pada malam Ahad lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, senjata berupa pisau jenis ‘rambo’ sepanjang kira-kira enam inci itu ditemui pada Isnin hasil dipandu arah oleh suspek.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TitiGajah #TikamWanita #Polis
