Lelaki maut diserang jerung di Pulau Rottnest, Australia

Seorang lelaki berusia 38 tahun maut selepas diserang jerung di Pulau Rottnest, Australia. Gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 38 tahun maut selepas diserang jerung di Pulau Rottnest, Australia. Gambar hiasan
A
A
A

SYDNEY - Seorang lelaki berusia 38 tahun maut selepas diserang jerung di Pulau Rottnest, di luar pantai Perth pada Sabtu, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Pihak berkuasa mengesahkan lelaki itu digigit jerung sejurus sebelum 10 pagi di Horseshoe Reef, utara Marjorie Bay di bahagian barat pulau berkenaan.

Menurut laporan, mangsa dibawa menaiki bot ke jeti Geordie Bay, dengan pasukan paramedik melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), namun mangsa gagal diselamatkan.

Polis Australia Barat memaklumkan satu laporan akan disediakan untuk koroner.

Pulau Rottnest, yang terletak kira-kira 19 kilometer dari Perth, merupakan destinasi pelancongan popular di Australia Barat yang terkenal dengan pantai dan aktiviti marin. - Bernama-Xinhua

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!