Pendaftaran laluan khas lepasan SMPC, UEC, Tahfiz ke IPTA dibuka 30 Jun
Pendaftaran laluan khas lepasan SMPC, UEC, Tahfiz ke IPTA dibuka 30 Jun
Permohonan bagi laluan khas kemasukan pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan iaitu Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan tahfiz ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) akan dibuka secara terus melalui universiti terlibat bermula 30 Jun ini.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Azlinda Azman berkata, permohonan tersebut tidak dibuat melalui sistem UPUOnline kerana persediaan sistem berkenaan telah berjalan sejak tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780010/berita/nasional/pendaftaran-laluan-khas-lepasan-smpc-uec-tahfiz-ke-ipta-dibuka-30-jun
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pendaftaranlaluankhaskeIPTA #permohonankemasukankeIPTA
