Jemaah haji diingatkan hormati keselesaan bersama, elak merokok
09 Mei 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Ibadah haji bukan sekadar perjalanan menyempurnakan tuntutan agama tetapi juga medan mendidik kesabaran, disiplin dan rasa hormat sesama insan sepanjang berada di Tanah Suci, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.
Atas semangat itu, Pengurusan Tabung Haji (TH) mengingatkan jemaah haji muassasah supaya menjaga adab serta mematuhi peraturan ditetapkan termasuk larangan merokok di kawasan penginapan bagi memastikan kebajikan dan keharmonian semua tetamu Allah terus terpelihara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #jemaahhaji2026 #TH
