Suspek kes tikam pelajar 61 kali disambung reman tujuh hari lagi
08 Mei 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Reman terhadap dua suspek kes bunuh pelajar perempuan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu disambung reman tujuh hari lagi bermula Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perintah sambung reman terhadap kesemua suspek berusia 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #reman #Mahkamah #Nurfisya
