Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Bawa dadah dari Serdang ke Alor Gajah: Pasangan kekasih, rakan berdepan tiga pertuduhan

A
A
A

Seorang pemandu wanita bersama kekasih serta seorang rakan yang melarikan diri menaiki Honda City sejauh 135 kilometer dari Serdang, Selangor sebelum diberkas di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka pada minggu lalu berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Tertuduh, M Udaya Kumar, 44: Fairous Saad, 42 dan Mohamad Rafeq Mohd Johari, 23, didakwa atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis heroin dan methamphetamine, manakala pertuduhan ketiga adalah memasukkan dadah ke dalam badan sendiri.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778701/berita/semasa/bawa-dadah-dari-serdang-ke-alor-gajah-pasangan-kekasih-rakan-berdepan-tiga-pertuduhan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Dadah #Serdang #AlorGajah