Tengku didakwa tipu bagi dapatkan gelaran Datuk Negeri Sembilan
24 April 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang lelaki keturunan 'Tengku' didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menipu bagi mendapatkan pingat kebesaran Negeri Sembilan yang membawa gelaran 'Datuk' melibatkan kerugian lebih RM60,000 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Tengku Ahmad Ariff Mulia Tengku Daeng Bahaismail, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ketipu #mahkamah #tipudapatkanpingat
