Persiapan rapi TH pastikan jemaah fokus ibadah di Tanah Suci
23 April 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Persiapan menyeluruh oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bersama rakan pengendali tempatan menjadi faktor utama yang membolehkan jemaah haji Malaysia menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.
Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata, tahap kesiapsiagaan TH berada pada tahap terbaik hasil pemantauan rapi yang dilaksanakan sejak dua bulan lalu di Jeddah.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji2026 #TH #persiapanrapi
