Polis pijak kepala suspek: Jangan hukum berdasarkan video pendek, kata Saifuddin
21 April 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan atau menghukum mana-mana pihak hanya berdasarkan rakaman video pendek berhubung insiden tular membabitkan dakwaan seorang anggota polis memijak kepala suspek di Kulim, Kedah, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakaman yang tersebar di media sosial hanya memaparkan detik singkat tanpa menggambarkan keseluruhan situasi ketika kejadian berlaku.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #kespolispijakkepalasuspek #KDN #saifuddinNasution
