Bapa, anak cedera tercampak ke dalam longkang

Seorang lelaki dan anaknya cedera selepas tercampak ke dalam longkang.
Seorang lelaki dan anaknya cedera selepas tercampak ke dalam longkang.
A
A
A

BAYAN LEPAS - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki dan anaknya berusia empat tahun cedera ringan selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan berhampiran Bonda Coconut Shake, Sungai Ara di sini pada pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai terlibat kemalangan dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios

Mangsa dilaporkan tercampak ke dalam longkang besar berhampiran lokasi kejadian manakala motosikal yang ditunggang mengalami kerosakan.

Motosikal yang dinaiki kedua-dua beranak itu rosak selepas terlibat dalam kemalangan pada pagi Sabtu.
Motosikal yang dinaiki kedua-dua beranak itu rosak selepas terlibat dalam kemalangan pada pagi Sabtu.

Toyota Vios terbabit turut terbabas sebelum masuk ke dalam longkang sama.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kedua-dua mangsa ditemui berada di dalam longkang ketika Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru tiba di lokasi.

“Penunggang motosikal yang berusia 39 tahun bersama anak lelakinya mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu kereta bagaimanapun tidak berada di lokasi semasa ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Toyota Vios yang turut terbabas ke dalam longkang berhampiran lokasi kejadian.
Toyota Vios yang turut terbabas ke dalam longkang berhampiran lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukan bomba yang bertugas di lokasi menjalankan ‘size up’ sebelum memberikan rawatan awal kepada mangsa melalui pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

"Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Anggota bomba membawa naik mangsa keluar dari longkang.
Anggota bomba membawa naik mangsa keluar dari longkang.

"Operasi yang melibatkan sembilan anggota bersama dua jentera iaitu FRT dan EMRS itu tamat sepenuhnya pada jam 8.41 pagi selepas keadaan disahkan selamat," katanya.

Turut berada di lokasi adalah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membantu pengurusan kes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!