Guna inap desa, sindiket tipu pelaburan didalangi warga China tumpas
09 April 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Polis Perak berjaya menumpaskan satu sindiket pusat panggilan penipuan pelaburan kripto tidak wujud yang didalangi warga China dalam serbuan di sebuah inap desa di Bagan Datuk, Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, seramai 22 warga China termasuk tiga wanita berusia antara 22 hingga 40 tahun berjaya ditahan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #SindiketPenipuan #WargaChina
