JDT sedia duduk berbincang

Kenyataan Garcia di laman media sosial JDT
Kenyataan Garcia di laman media sosial JDT
A
A
A

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyatakan kesediaan untuk mengadakan sesi perbincangan bersama semua pasukan Liga Malaysia (Liga-M) bagi memperincikan cadangan penyelesaian isu kewangan yang dibangkitkan oleh Selangor FC baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia berkata, pihaknya tertarik dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon yang mendakwa mempunyai formula terbaik bagi mengatasi kemelut kewangan yang melanda kancah bola sepak tempatan.

Menurut Garcia, satu pertemuan melibatkan semua pemegang taruh dan kelab-kelab bertanding wajar dilaksanakan segera demi kepentingan industri sukan negara.

"Saya tertarik dengan kenyataan terbaru Dr. Johan Kamal bahawa beliau mempunyai penyelesaian bagi masalah kewangan dalam Liga Malaysia.

"Saya percaya kita wajar mengadakan sesi perbincangan ini bersama semua pasukan kerana kita perlu mengetahui apakah idea penyelesaian yang ingin diketengahkan beliau," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Garcia yang mempunyai latar belakang luas dalam pengurusan organisasi bertaraf dunia berkata, beliau mahu mendengar idea tersebut berdasarkan pengalaman Johan Kamal dalam landskap bola sepak tempatan dan antarabangsa.

"Saya berbesar hati dapat bermain di peringkat tertinggi antarabangsa serta bekerja dengan organisasi bertaraf dunia sebelum ini.

"Justeru, saya amat ingin mengetahui apakah penyelesaian yang dimiliki oleh Dr Johan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan luas beliau. Saya berharap perbincangan bersama semua pasukan ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!