Krisis Asia Barat tidak jejas ibadah haji
05 April 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Krisis Asia Barat ketika ini tidak menjejaskan perjalanan ibadah haji musim 1447H/2026M dengan semua persiapan bagi jemaah Malaysia berjalan lancar hasil kerjasama erat antara Lembaga Tabung Haji (TH) dan pihak berkuasa Arab Saudi, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, jaminan tersebut diperoleh hasil pertemuan rasmi bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi serta beberapa pihak berkaitan ketika lawatan kerja beliau ke Tanah Suci baru-baru ini.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisAsiaBarat #ibadahhaji #tabunghaji #jemaahhaji2026
