Intelligent Consultancy catat rekod Asia, mudahkan kelulusan pinjaman bank terbanyak

Pengasas Intelligent Consultancy, Keith Khor Kah Yong (kiri) bangga apabila syarikatnya diiktiraf oleh The Asia Records sebagai firma konsultansi yang berjaya memudahkan jumlah kelulusan pinjaman bank terbanyak bagi tahun 2025,
Pengasas Intelligent Consultancy, Keith Khor Kah Yong (kiri) bangga apabila syarikatnya diiktiraf oleh The Asia Records sebagai firma konsultansi yang berjaya memudahkan jumlah kelulusan pinjaman bank terbanyak bagi tahun 2025,
A
A
A

KUALA LUMPUR – Intelligent Consultancy diiktiraf oleh The Asia Records sebagai firma konsultansi yang berjaya memudahkan jumlah kelulusan pinjaman bank terbanyak bagi tahun 2025, sekali gus muncul pemegang rekod pertama dalam kategori berkenaan.

Pengiktirafan berprestij itu menonjolkan kepakaran serta komitmen syarikat dalam membantu perniagaan dan individu mendapatkan pembiayaan yang diperlukan.

Pengasas Intelligent Consultancy, Keith Khor Kah Yong berkata, pihaknya berbesar hati atas pengiktirafan tersebut yang mencerminkan dedikasi dan kepakaran pasukan dalam memenuhi keperluan kewangan pelanggan.

“Kami berasa amat berbesar hati kerana diiktiraf sebagai pemegang rekod pertama bagi jumlah kelulusan pinjaman bank terbanyak yang difasilitasi oleh firma konsultansi.

“Pencapaian ini mencerminkan dedikasi serta kepakaran pasukan kami dalam menyokong keperluan kewangan pelanggan.

“Kami akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik dan membantu lebih banyak perniagaan berkembang maju,” katanya.

Menurutnya, pencapaian tersebut turut mengukuhkan kedudukan Intelligent Consultancy sebagai rakan dipercayai dalam khidmat nasihat kewangan serta fasilitasi pinjaman.

Sebagai firma konsultansi terkemuka, Intelligent Consultancy membina reputasi kukuh menerusi pemahaman menyeluruh terhadap proses kewangan serta keupayaan mengendalikan keperluan perbankan yang kompleks.

Pendekatan berfokuskan pelanggan serta bimbingan strategik yang ditawarkan membantu ramai pelanggan berjaya mendapatkan pinjaman bank, sekali gus menyokong pertumbuhan perniagaan dan kestabilan kewangan mereka.

Pengiktirafan daripada The Asia Records itu turut menyerlahkan kepimpinan syarikat dalam sektor konsultansi kewangan serta komitmennya dalam memberikan hasil cemerlang.

Dengan memudahkan jumlah kelulusan pinjaman bank tertinggi, syarikat berkenaan memperkasakan pelanggan mencapai matlamat kewangan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih yakin.

Intelligent Consultancy merupakan firma konsultansi kewangan yang pakar dalam fasilitasi pinjaman bank, perancangan kewangan serta perkhidmatan penasihat perniagaan.

Melalui penyelesaian diperibadikan dan bimbingan pakar, syarikat itu membantu pelanggan menavigasi kerumitan proses pembiayaan bagi mendapatkan modal diperlukan untuk pertumbuhan dan kejayaan, selain komited membina hubungan kukuh serta memberikan hasil yang boleh diukur.

Pencalonan untuk The Asia Records kini secara rasmi dibuka dan untuk maklumat lanjut, layari The Asia Records

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!