Remaja lelaki maut terjatuh tingkat tujuh apartmen

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Seksyen 19 di sini pada Selasa. Gambar kecil: Ramsay
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Seksyen 19 di sini pada Selasa. Gambar kecil: Ramsay
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Seksyen 19 di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.44 petang.

"Mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 4.20 petang, dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan bawah bangunan sebelum dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Zon Merah hospital berkenaan pada jam 5.40 petang,” katanya dalam pada Rabu.

Ramsay berkata, hasil siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.

"Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR), bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Zulhusni Hasani ditalian 011-39360779 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Seorang remaja lelaki 14 tahun ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh apartmen di Seksyen 19 Shah Alam
  • Pihak polis menerima laporan insiden pada jam 6.44 petang
  • Mangsa dijumpai orang awam tidak sedarkan diri dan kemudiannya meninggal di hospital
  • Tiada unsur jenayah ditemui
  • Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut, bedah siasat akan dijalankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!