Suami Nigeria pandai masak rendang daging, maman

TEMERLOH - Memasuki tujuh tahun usia perkahwinan, pemuda asal Nigeria yang mendirikan rumahtangga dengan wanita warga tempatan di sini, gemar memasak rendang daging dan maman setiap kali Aidilfitri.
Isterinya, Nurul Azimah Mahmud, 34, mengakui pada peringkat awal, Victor Douglas Oseghale, 33, mengambil masa untuk membiasakan diri dengan makanan tradisi raya selain dari segi budaya dan pakaian.
“Saya pun sama mula-mula kekok sebab tradisi masyarakat Melayu dan Afrika Barat bagai langit dan bumi perbezaannya.
"Sebelum ini bila nak raya, suami akan masak sama-sama dengan arwah ibu, daripada tak pandai sampailah pandai.
“Cuma tahun ini tahun pertama ibu tiada (meninggal dunia), agak lain sedikit tapi suami masih ingat resipi yang arwah ajar padanya," kata Nurul Azimah kepada Sinar Harian.
Dari segi perbezaan suasana menyambut Aidilfitri, Nurul Azimah berkata, warga Nigeria kebiasaan akan menyembelih lembu dan menyediakan makanan tradisi seperti fufu, egusi serta nasi jollof.

Katanya, amalan kunjung-mengunjung keluarga terdekat dan sahabat handai masih sama, namun tiada pemberian duit raya sebagaimana dilakukan di Malaysia.
Nurul Azimah yang bekerja di sektor swasta turut bersyukur apabila keluarga dan saudara-mara tidak pernah meminggirkan suaminya setiap kali ada perayaan, kenduri atau majlis keramaian.
Ringkasan AI
- Pemuda asal Nigeria gemar memasak rendang daging dan maman setiap Aidilfitri selepas tujuh tahun berkahwin dengan wanita tempatan
- Victor Douglas Oseghale mengambil masa untuk membiasakan diri dengan makanan tradisi, budaya, dan pakaian Melayu
- Perbezaan tradisi masyarakat Melayu dan Afrika Barat diakui sangat ketara oleh kedua-dua suami isteri
- Nurul Azimah mengenang pengajarannya memasak bersama arwah ibu suaminya yang kini telah meninggal dunia
- Warga Nigeria menyambut Aidilfitri dengan cara yang berbeza termasuk menyembelih lembu dan menyediakan makanan tradisi seperti fufu, egusi dan nasi jollof tetapi tanpa pemberian duit raya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
