Derma barang kemas, haiwan ternakan untuk rakyat Iran

SRINAGAR - Komuniti Muslim di Kashmir melancarkan gerakan kemanusiaan untuk membantu rakyat Iran yang terjejas akibat konflik di Asia Barat.
Penduduk terutamanya di daerah Budgam dan Baramulla tidak hanya memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai malah barang kemas, haiwan ternakan dan barangan tembaga tradisional.
Kedutaan Iran di India turut berkongsi gambar dan rakaman video memaparkan kemurahan hati mereka sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan bantuan kemanusiaan mereka kepada Teheran.
Salah seorang yang memberi sumbangan ialah seorang balu yang menyerahkan barang emas kenangan yang disimpan selama 28 tahun untuk memperingati arwah suaminya.
Selain itu, kanak-kanak juga mendermakan duit raya mereka.
India dan Iran mempunyai hubungan sejarah yang panjang selama berabad‑abad, bermula dari hubungan budaya purba hingga ke kerjasama moden dalam bidang perdagangan, tenaga dan pembangunan serantau.- Agensi
Ringkasan AI
- Komuniti Muslim di Kashmir melancarkan gerakan kemanusiaan untuk membantu rakyat Iran yang terjejas akibat konflik di Asia Barat
- Penduduk Budgam dan Baramulla menderma wang tunai, barang kemas, haiwan ternakan, dan barangan tembaga tradisional
- Kedutaan Iran di India memaparkan gambar dan video sebagai penghargaan atas bantuan kemanusiaan dari Kashmir
- Seorang balu menyumbang barang emas kenangan suaminya yang disimpan selama 28 tahun
- Kanak-kanak juga mendermakan duit raya mereka
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

