Jenazah tiga beranak maut kemalangan dikebumi dalam satu liang lahad

Mohamad Redzuan Abdullah mengaminkan doa ketika pengebumian isteri serta dua anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong, Setiu pada Selasa. Foto Bernama
Mohamad Redzuan Abdullah mengaminkan doa ketika pengebumian isteri serta dua anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong, Setiu pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

BANDAR PERMAISURI - Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Dungun semalam selamat dikebumikan petang tadi.

Nurul Hafizah Shaary, 39, dan dua anaknya, Muhammad Redzuan Arash Mohamad Redzuan, 13, serta Nur Radya Athalia, 4, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong di Setiu, 6.15 petang tadi.

Suasana pilu menyelubungi apabila jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di KM 59, Jalan Jerangau-Jabor di Felda Jerangau dekat Dungun, dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong, Setiu untuk dikebumikan. Foto Bernama

Sebelum itu, jenazah tiga beranak tersebut dibawa ke Masjid Ar-Ridhwan Sungai Tong dan disolatkan selepas asar.

Lebih 200 orang terdiri daripada sanak saudara dan kenalan hadir pada pengebumian itu.

Adik mangsa, Nurul Izzah Shaary (tengah) tidak dapat menahan sebak ketika pengebumian kakaknya bersama dua anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong, Setiu pada Selasa. Foto Bernama
Adik mangsa, Nurul Izzah Shaary (tengah) tidak dapat menahan sebak ketika pengebumian kakaknya bersama dua anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong, Setiu pada Selasa. Foto Bernama

Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, Nurul Hafizah yang bekerja sebagai ejen di sebuah syarikat penapis air dan udara bersama empat anaknya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan adiknya.

Artikel Berkaitan:

Jenazah tiga beranak tersebut dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong di Setiu pada petang Selasa.
Jenazah tiga beranak tersebut dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong di Setiu pada petang Selasa.

Namun kenderaan utiliti sukan jenis Perodua Aruz yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar paip air serta tiang elektrik di sebelah kiri.

Kejadian itu turut menyebabkan dua lagi anak mangsa, Nur Raesha Amanda, 14, dan Nur Rakhlis Aral Yn, 9, cedera dan kini dirawat di hospital. - Bernama

Ringkasan AI

  • Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Jerangau-Jabor dekat Dungun telah dikebumikan
  • Nurul Hafizah Shaary, 39, dan dua anaknya, Muhammad Redzuan Arash dan Nur Radya Athalia, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong, Setiu
  • Sebelum pengebumian, jenazah dibawa ke Masjid Ar-Ridhwan Sungai Tong dan disolatkan
  • Lebih 200 orang terdiri daripada sanak saudara dan kenalan hadir pada pengebumian itu
  • Nurul Hafizah bersama empat anaknya dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan adiknya sebelum kemalangan berlaku

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!