60 hektar ladang sawit di Kuala Rompin terbakar

ROMPIN - Kawasan ladang kelapa sawit seluas kira-kira 60 hektar dilaporkan terbakar dalam kejadian di Kampung Jemeri, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 2.41 petang.
Menurutnya sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Rompin telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kita telah berjaya memadamkan kebakaran seluas 40.5 hektar manakala baki 20.2 hektar lagi masih dalam pemantauan.
"Operasi ditangguhkan sementara waktu dan akan disambung semula pagi esok bagi memastikan sisa api dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Zulfadli memaklumkan pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran hos sepanjang 600 kaki, satu breeching, empat pancutan dengan sumber air terbuka dan satu unit pam angkut.
"Empat pekerja ladang turut membantu operasi terbabit," katanya.
Ringkasan AI
- Ladang kelapa sawit seluas kira-kira 60 hektar terbakar di Kampung Jemeri, Kuala Rompin
- Panggilan kecemasan diterima pada jam 2.41 petang
- Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin dikerahkan
- Kebakaran seluas 40.5 hektar telah berjaya dipadamkan, baki 20.2 hektar masih dalam pemantauan
- Pemadaman menggunakan alat seperti hos 600 kaki dan empat pekerja ladang turut membantu operasi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

