Lelaki maut kereta terbalik

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM Perak.
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM Perak.
A
A
A

TAPAH - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di KM 339.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, G Karthigesan, 25, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, maut akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Volkswagen Polo Sedan dalam perjalanan menuju ke Sungai Petani.

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Tapah semalam. - Foto PDRM
Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Tapah semalam. - Foto PDRM

“Mangsa memandu dari arah Kuala Lumpur dan apabila sampai di tempat kejadian, keretanya dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Dalam kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: