ALR sumbang juadah berbuka puasa kepada warga Sinar Harian

SHAH ALAM - Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) menzahirkan penghargaan dengan menyumbangkan pek makanan untuk berbuka puasa kepada kakitangan Sinar Harian pada Isnin.
Sumbangan 70 pek makanan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif ALR, Muhammad Nizam Alias kepada Pengarah Eksekutif (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko) Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi.
Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli; Pengarang Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa; Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Badruldin Zakaria; Ketua Komunikasi Korporat dan Strategik Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin dan Ketua Komunikasi Strategik ALR, Siti Maslinda Sheikh Othman.
ALR mengendalikan empat lebuh raya iaitu Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan LITRAK.
Ringkasan AI
- Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) menyumbangkan pek makanan untuk berbuka puasa kepada kakitangan Sinar Harian
- Sumbangan itu sebanyak 70 pek makanan
- Penyampaian dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ALR, Muhammad Nizam Alias
- Turut serta dalam acara tersebut adalah pengurusan tertinggi Sinar Harian dan ALR
- ALR mengendalikan empat lebuh raya utama di Malaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

