Lelaki cuba samun kedai emas mati ditembak

PETALING JAYA – Seorang individu maut dipercayai ditembak ketika cuba menyamun sebuah kedai emas di sini pada pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, suspek yang dipercayai menaiki sebuah motosikal dilaporkan datang ke premis berkenaan.
Difahamkan ketika kejadian, kedai emas terbabit tiada pelanggan kerana baru dibuka.
Situasi tegang kemudiannya berlaku apabila suspek dipercayai bergelut dengan seorang pengawal keselamatan di premis berkenaan.
Suspek difahamkan ditembak seorang lagi pengawal keselamatan di lokasi kejadian mengakibatkannya mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital.
Suspek bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan kejadian berkenaan.
Beliau memaklumkan kenyataan media rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat sebaik siasatan di lokasi selesai dan keterangan saksi kejadian diambil.
Ringkasan AI
- Seorang individu maut dipercayai ditembak ketika cuba menyamun kedai emas di Petaling Jaya pada pagi Isnin
- Suspek datang ke kedai emas itu dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira jam 11 pagi
- Kedai emas dalam keadaan sepi tanpa pelanggan kerana baru dibuka
- Suspek bergelut dengan pengawal keselamatan dan kemudiannya ditembak oleh seorang lagi pengawal keselamatan
- Suspek meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

