Tarikh PRN Melaka belum diputuskan - Ab Rauf

 Ab Rauf.
Ab Rauf.
A
A
A

MELAKA - Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum ditetapkan walaupun ia dijangka diadakan pada tahun ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu belum diputuskan buat masa ini dan orang ramai diminta bersabar menunggu pengumuman rasmi.

“Saya sudah katakan PRN tetap akan berlaku pada tahun ini, tetapi tarikhnya bila saya belum dapat ilham lagi. Minta bersabar.

“Tarikh saya tak boleh beritahu sekarang, nanti bergegar Malaysia,” katanya berseloroh ketika ditemui pada Program Moreh bersama pengamal media Melaka pada Jumaat.

Ab Rauf berkata, tempoh pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka hanya akan berakhir pada 30 November 2026, justeru PRN akan diadakan dalam tempoh enam bulan ini.

Mengulas cadangan DAP Melaka supaya Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRN diadakan secara serentak, beliau berkata, itu hanya peringkat cadangan namun keputusan itu belum diputuskan.

“Sesiapa sahaja boleh mengemukakan cadangan, namun keputusannya tidak ada,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mencadangkan mencadangkan supaya PRN dan PRU diadakan secara serentak susulan negara bakal berdepan lima pilihan raya utama dalam tempoh 18 bulan.

Ia membabitkan PRN Melaka, diikuti Sarawak, Johor pada Mac tahun depan, PRU pada Disember 2026 dan seterusnya PRN di enam negeri.

Artikel Berkaitan:

Poay Tiong berkata, pilihan raya yang diadakan secara berasingan akan melibatkan perbelanjaan lebih tinggi selain mengganggu tumpuan terhadap ekonomi dan pembangunan negara.

Ringkasan AI

  • Tarikh PRN Melaka masih belum ditetapkan dan dijangka diadakan tahun ini
  • Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, meminta orang ramai bersabar menunggu pengumuman rasmi
  • Tempoh pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka berakhir pada 30 November 2026, PRN akan diadakan dalam enam bulan ini
  • Cadangan DAP Melaka supaya PRU dan PRN diadakan secara serentak masih pada peringkat cadangan
  • Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, mencadangkan PRN dan PRU diadakan serentak untuk mengurangkan perbelanjaan dan gangguan pada ekonomi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!