Cikgu Chandra dakwa diugut lagi, libatkan bekas ahli politik

Cikgu Chandra
Cikgu Chandra
A
A
A

PUCHONG -  Aktivis masyarakat, S Chandrasegaran atau dikenali sebagai Cikgu Chandra mendakwa diserang dan menerima ugutan sekali lagi daripada beberapa individu termasuk dipercayai bekas ahli politik pada Khamis.

Cikgu Chandra berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.15 pagi apabila lelaki terbabit bersama beberapa individu lain datang ke rumahnya dan membuat ugutan.

"Kejadian berlaku hampir setengah jam apabila mereka bertindak agresif dan melakukan provokasi.

"Bagaimanapun keadaan terkawal kerana polis pun menjaga kawasan perumahan saya bagi mengelak insiden tidak diingini terjadi," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sinar Harian sedang mendapatkan kenyataan lanjut daripada Polis Selangor berkenaan dakwaan terbabit

Selasa lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, pihaknya menerima dua laporan berasingan membabitkan insiden khianat serta ugutan jenayah yang berlaku terhadap Cikgu Chandra pada 9 dan 10 Mac di Taman Kinrara, Puchong.

Insiden pertama siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, manakala insiden kedua disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan berkaitan khianat dengan api yang melibatkan kebakaran kenderaan.

Kejadian itu turut tular di media sosial memaparkan rakaman sekumpulan individu menyerang kediaman Cikgu Chandra serta tiga kenderaan termasuk milik aktivis itu terbakar.

Berikutan itu, polis memberi peringatan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mahu pun provokasi yang menjejaskan keharmonian kaum dan ketenteraman awam.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Aktivis masyarakat, S Chandrasegaran atau Cikgu Chandra mendakwa diserang dan menerima ugutan daripada beberapa individu termasuk bekas ahli politik
  • Kejadian berlaku di rumahnya pada jam 8.15 pagi dengan kedatangan individu tersebut yang membuat ugutan
  • Polis menjaga kawasan perumahan bagi mengelak insiden tidak diingini
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, melaporkan dua laporan berasingan membabitkan Cikgu Chandra pada 9 dan 10 Mac
  • Insiden tular di media sosial dengan rakaman sekumpulan individu menyerang kediaman dan membakar tiga kenderaan termasuk milik Cikgu Chandra

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!