Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu
11 Mac 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Suami kepada seorang pelakon wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan urusan penjualan tanah kurniaan tidak wujud membabitkan kerugian lebih RM200,000 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #Mahkamah #Seremban #Pelakon
