Cikgu Chandra diserang: GARAH salur maklumat kepada polis

Kerosakan harta benda yang dialami Cikgu Chandra. Foto: FB Firdaus Wong
Kerosakan harta benda yang dialami Cikgu Chandra. Foto: FB Firdaus Wong
A
A
A

SHAH ALAM – Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) telah menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu siasatan dan mengenal pasti individu yang didakwa terlibat menyerang serta membakar kenderaan milik Cikgu Chandra.

GARAH dalam kenyataan berkata, maklumat yang disalurkan itu juga berhubung serangan terhadap penceramah bebas, Zamri Vinoth.

“Pihak GARAH juga dalam proses mengumpul maklumat lanjut yang diperlukan bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah penegakan kedaulatan undang-undang.

“Pihak GARAH juga akan mengadakan perbincangan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mengenai langkah seterusnya pada hari ini (Selasa) yang sedang diuruskan oleh pihak sekretariat,” katanya pada Selasa.

Tambahnya, mana-mana individu yang berhasrat membuat laporan polis tambahan berkaitan kedua-dua serangan, ugutan dan hasutan terhadap Zamri Vinoth, Cikgu Chandra, Tamim Dahri mahupun mana-mana pihak lain boleh meneruskan pemfailan laporan polis berkenaan atas budi bicara NGO atau individu secara peribadi.

Bagaimanapun, katanya, GARAH kini mengutamakan keselamatan pihak-pihak yang berkaitan terlebih dahulu, sementara pihak PDRM dibantu dengan maklumat sahih yang dapat mempercepatkan siasatan serta tindakan susulan.

Sebelum itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memuat naik satu insiden dakwaan serangan oleh tiga lelaki bersenjata di rumah Cikgu Chandra pada Isnin.

Kejadian kedua menimpa Cikgu Chandra selepas kenderaan lelaki itu dibakar oleh individu tidak dikenali pada awal pagi Selasa.

Ahad lalu, polis menahan seorang individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan insiden ancaman terhadap penceramah bebas, Zamri Vinoth di Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • GARAH menyalurkan maklumat kepada polis untuk membantu siasatan serangan terhadap Cikgu Chandra dan Zamri Vinoth
  • GARAH mengumpul maklumat tambahan untuk membantu PDRM menegakkan undang-undang
  • GARAH akan berbincang dengan NGO mengenai langkah seterusnya
  • Individu boleh membuat laporan polis berkaitan serangan, ugutan, dan hasutan secara peribadi
  • Keselamatan pihak berkaitan diutamakan oleh GARAH sementara PDRM dibantu dengan maklumat untuk percepatkan siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!