Kedai serbaneka musnah terbakar di Kajang

KAJANG – Sebuah kedai serbaneka yang menjual peralatan rumah musnah dalam kebakaran berhampiran sebuah restoran di sini pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 4.41 pagi.
"Seramai 19 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang serta bantuan BBP Bangi dan BBP Semenyih bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh sembilan kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ahmad Mukhlis berkata, setibanya pihak bomba di lokasi tujuh minit kemudian, didapati kebakaran melibatkan sebuah kedai serbaneka yang dikategorikan sebagai bangunan kelas B.
“Operasi pemadaman sedang dijalankan oleh anggota bomba bagi mengawal dan memadam kebakaran,” katanya.
Ringkasan AI
- Kedai serbaneka di Kajang musnah dalam kebakaran
- Kebakaran berlaku berhampiran sebuah restoran
- Panggilan kecemasan diterima pada jam 4.41 pagi
- 19 anggota dan pegawai bomba berserta jentera bergegas ke lokasi
- Operasi pemadaman sedang dijalankan untuk mengawal kebakaran
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
