Trump ugut putuskan hubungan dengan Sepanyol

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengancam untuk "memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol" kerana keengganan Sepanyol membenarkan tentera AS menggunakan pangkalannya untuk serangan ke atas Iran, sambil berkata beliau juga tidak berpuas hati dengan Britain, lapor Xinhua.
"Kami akan memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol. Kami tidak mahu apa-apa kaitan dengan Sepanyol," kata Trump kepada pemberita pada awal perbincangannya dengan Canselor Jerman Friedrich Merz di Pejabat Oval.
"Saya juga tidak berpuas hati dengan UK (United Kingdom)," kata Trump.
Perdana Menteri Britain Keir Starmer memberitahu Parlimen pada Isnin bahawa Britain tidak menyertai serangan AS-Israel ke atas Iran.
Merz ialah pemimpin asing pertama bertemu Trump secara peribadi sejak pentadbiran AS melancarkan serangan udara berskala besar terhadap Iran pada pagi Sabtu.
Kedua-dua pemimpin berkata operasi Iran akan menjadi topik utama semasa mesyuarat tertutup mereka. - Bernama
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengancam untuk memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol kerana keengganan Sepanyol membenarkan tentera AS menggunakan pangkalannya untuk serangan ke atas Iran
- Trump juga tidak berpuas hati dengan Britain
- Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, memberitahu Parlimen bahawa Britain tidak menyertai serangan AS-Israel ke atas Iran
- Canselor Jerman, Friedrich Merz, adalah pemimpin asing pertama bertemu Trump secara peribadi sejak AS melancarkan serangan udara terhadap Iran
- Operasi Iran akan menjadi topik utama semasa mesyuarat tertutup antara Trump dan Merz
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
