Dewan Rakyat tak luluskan RUU pindaan Perlembagaan hadkan tempoh jawatan PM
02 Mac 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Dewan Rakyat pada Isnin tidak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Parlimen apabila hanya serjumlah 146 ahli Parlimen menyokong manakala 44 ahli Parlimen tidak mengundi dan 32 ahli Parlimen tidak hadir.
#SinarHarian #BeritaSemasa #niknazmi #RUU #Hadtempoh
