Zambry sahkan tiada pertemuan BN dengan kem Hamzah
25 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Barisan Nasional (BN) mengesahkan tiada sebarang pertemuan dilakukan parti itu bersama kumpulan pemimpin yang dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin setakat ini.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang permohonan keahlian parti daripada kumpulan pemimpin itu ataupun hasrat menyertai Rumah Bangsa yang diusulkan Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BN #Hamzah
