Dewan Rakyat kecoh susulan istilah 'menteri kartel'
24 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika susulan pertikaman lidah antara wakil rakyat selepas seorang Ahli Parlimen pembangkang merujuk seorang menteri yang tidak dinamakan sebagai 'menteri kartel'.
Kekecohan tercetus ketika sesi perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026, apabila Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyebut istilah 'menteri kartel' ketika membincangkan kartel dalaman yang mengawal penjualan isirung kelapa sawit kepada kilang FELDA.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangdewanrakyat #parlimen #istilahmenterikartel #dewanrakyatkecoh
