Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Buang puntung rokok merata: Polis bantuan didenda RM600, diperintah jalani khidmat masyarakat

12 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Seorang polis bantuan didenda RM600 serta dikehendaki menjalani perintah khidmat masyarakat selama enam jam oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis selepas mengaku bersalah membuang puntung rokok di tempat awam, bukan di dalam tong sampah yang disediakan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hashim Mohd Nor, 37 selaku orang kena saman (OKS) serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767857/berita/semasa/buang-puntung-rokok-merata-polis-bantuan-didenda-rm600-diperintah-jalani-khidmat-masyarakat

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Seremban #Saman #BuangPuntungRokok