Perlu sedikit masa untuk himpun semua aplikasi dalam MyGOV Malaysia - Gobind
12 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, Kementerian Digital mengakui berdepan cabaran untuk menghimpunkan semua aplikasi sedia ada yang sedang digunakan pelbagai agensi dan jabatan ke dalam aplikasi MyGOV Malaysia.
Menurutnya, kementerian memerlukan sedikit masa untuk menghimpunkan semua aplikasi sedia ada itu ke dalam aplikasi MyGOV Malaysia, yang kini berfungsi sebagai 'super app' atau hab sehenti digital untuk menyatukan perkhidmatan kerajaan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #himpunsemuaapikasidalamMYGOV #GobindSingh
