'Anak saya bukan pengemis'
“Anak saya bukan pengemis, saya tak tahu dia ikut bapa angkat buat maskot bawa tabung di hadapan sebuah stesen minyak di Cheng."
Itu luahan Nor Hafika Mohd Shamsul, 30, ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang tular kerana didakwa mengemis dengan memakai kostum Spiderman pada Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak itu berkata, dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang datang ke rumahnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767768/edisi/melaka-ns/anak-saya-bukan-pengemis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mengemisjadispiderman
