Lelaki baling kon di tol didenda RM100, dakwa diprovokasi tunjuk jari tengah
11 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang lelaki yang tular dalam kejadian membaling kon di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Sabtu lalu, didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pemandu warga Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, semasa rayuan bagi mengurangkan hukuman, peguam, Muhamad Saifullah Muhamad Azmi yang mewakili tertuduh, K Kanapathi, 35 tahun berkata, anak guamnya yang bekerja sebagai pemandu lori, bertindak sedemikian kerana telah diprovokasi oleh mangsa yang menunjukkan jari tengah.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #BalingKon
