'Luluh hati saya isteri bersama bayi pergi sekelip mata'
"Luluh hati saya, isteri bersama bayi kami pergi selamanya ketika berbaki lagi seminggu Ramadan. Dua lagi anak kami masih di zon merah Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru."
Demikian luah Muhammad Asyraf Yatim, 34, suami kepada Nor Balqis Yazid, 24, yang maut bersama anak Mohd Bilal Asyraf berusia tiga bulan dalam kemalangan di Kilometer 65, di Jalan Sungai Rengit- Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Dalam kejadian pada jam 7 malam Selasa, kereta Perodua Bezza dipandu Nor Balqis bersama lima penumpang termasuk tiga anaknya terbabit nahas dengan sebuah lori.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskemalangan #ibuanakmautkemalangan
