Mansuh AUKU: Suara mahasiswa tidak diketepikan - Adam Adli
09 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Suara dan pandangan mahasiswa berhubung isu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak akan diketepikan atau ‘disapu di bawah karpet’ tanpa sebarang tindakan susulan, lapor wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa mahasiswa tidak perlu berasa takut atau bimbang untuk menyuarakan pandangan, kritikan mahupun penentangan terhadap isu berkaitan pendidikan tinggi, termasuk AUKU.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AUKU #Mahasiswa #AdamAdli
