Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks

MOSCOW - Media sosial X sedang mengalami gangguan besar, menurut perkhidmatan pemantauan Internet antarabangsa NetBlocks, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Platform media sosial X (dahulunya Twitter) kini mengalami gangguan di peringkat antarabangsa,” menurut perkhidmatan itu.
NetBlocks memaklumkan yang gangguan berlaku ketika berlangsungnya Super Bowl, perlawanan akhir Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) Amerika Syarikat.
Dilaporkan juga bahawa gangguan itu tidak berkaitan dengan gangguan Internet di sesebuah negara tertentu atau disebabkan oleh rangkaian sosial tersebut disekat di mana-mana negara khusus.
X Corp ialah sebuah syarikat Amerika yang diasaskan oleh Elon Musk bagi memperoleh Twitter Inc. Penjenamaan semula kemudiannya dilakukan dengan logo dan nama Twitter ditukar kepada X. -Bernama-Sputnik/RIA Novosti
Ringkasan AI
- Media sosial X mengalami gangguan besar menurut NetBlocks
- Gangguan itu berlaku di peringkat antarabangsa
- Kejadian ini berlangsung ketika Super Bowl
- Gangguan tidak berkaitan dengan sekatan Internet di negara tertentu
- X Corp diasaskan oleh Elon Musk dan merupakan rebranding dari Twitter Inc
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
