Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli
09 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli
