Perhimpunan GARAH: Satu pihak akur, satu lagi masih mahu teruskan - Saifuddin
07 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengulangi gesaan agar pihak berkaitan tidak meneruskan Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadual berlangsung di ibu kota atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam sempena lawatan rasmi Presiden India ke Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan pertemuan dengan penganjur perhimpunan berkenaan membabitkan aspek keselamatan serta adab dan tertib kepada tetamu negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Himpunan #himpunanGerakanAntiRumahAnutanHaram
